Friday 22 February 2019

Tips penjagaan grill keselamatan rumah


Untuk mengelakkan risiko bearing grill pecah anda dinasihatkan untuk meletakkan minyak pelincir/grease ke dalam landasan grill (kekerapan minima 3 bulan sekali) seperti tanda anak panah.

Bearing grill akan tahan lebih lama dan grill akan sentiasa lancar apabila ditarik dan ditolak.
Semoga bermanfaat, jimat dan selamat.
CEGAH sebelum ROSAK.
Untuk mendapatkan khidmat nasihat dan servis baikpulih pagar dan grill:

Wednesday 20 February 2019

Tips mengurangkan risiko kerosakan bearing pagar


Buka nat/skru pada bahagian yang bertanda anak panah bewarna kuning dan masukkan minyak pelincir (grease) bagi melancarkan pusingan bearing. 


Bearing akan menjadi ketat jika minyak kering dan boleh menyebabkan patah pada bahagian bertanda anak panah warna putih.

Semoga bermanfaat.

Untuk mendapatkan khidmat nasihat dan perkhidmatan baikpulih pagar :
Atau

Monday 18 February 2019

Undercut Welding - Antara punca pagar cepat rosak

Tahukah anda salah satu punca berlaku kerosakan pada pagar atau grill keselamatan rumah adalah bukan semata-semata berpunca daripada karat. 
Antara punca terbanyak berdasarkan pengalaman kami sepanjang tahun 2008 hingga kini 2019 ialah berpunca dari kecacatan kimpalan yang dipanggil istilah POTONG BAWAH (UNDERCUT). 
Kecacatan ini terhasil akibat kerja-kerja kimpalan yang dilakukan oleh jurukimpal yang kurang mahir dan tidak mengikut standard pekerjaan atau S.O.P yang betul ketika melakukan kerja kimpalan bagi pembuatan pagar dan grill yang menyebabkan berlaku kecacatan POTONG BAWAH (UNDERCUT). 
Kecacatan POTONG BAWAH (UNDERCUT) akan menyebabkan keretakan tepi kimpalan, hakisan tepi kimpalan dan menyebabkan pagar atau grill patah dalam jangka masa singkat atau jangka masa panjang (bergantung kepada kekerapan penggunaan, tahap terdedah cuaca dan faktor sekeliling yang mempengaruhi).

 



Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi kami, Azmil bin Haji Aljunid,
Baiki Pagar & Grill, 01131546239 Azmil.