Friday 19 July 2019

Baiki Pagar dan Pelihara Alam Sekitar


Kepada semua pelanggan yang dihormati, pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi mendapatkan perkhidmatan baikpulih pagar dan grill atau mendapatkan khidmat nasihat daripada kami.

Berita baik kepada semua pelanggan kami bahawa semua logam yang rosak dan terpakai, kertas dan plastik serta semua sisa hasil dari aktiviti baikpulih kini kami kumpulkan dan hantar ke pusat kitar semula bagi Mengelakkan dan Mengurangkan pencemaran Alam Sekitar.

Secara tidak langsung anda semua telah menyokong kami bagi meneruskan usaha ini.

Terima kasih.

Info ini di sediakan oleh:

Berkuasa Tenaga Wilayah Resources
18 Julai 2019.

Saturday 6 July 2019

Berkuasa Tenaga Wilayah Resources

Kami memulakan khidmat baikpulih kerosakan pagar dan gril ini bermula 2008, kemudian mendaftarkan perniagaan kami, Berkuasa Tenaga Wilayah Resources (BTWR) pada 2013, dan hingga kini, kami masih setia memberikan servis membaikpulih kerosakan pagar dan grill keselamatan kepada masyarakat bagi membantu meringankan beban pelanggan yang mengalami cabaran kerosakan kelengkapan keselamatan rumah.

Pihak kami sentiasa bersedia memberikan servis yang terbaik kepada semua pelanggan kami.

Berkuasa Tenaga Wilayah Resources sentiasa bekerjasama dengan semua pihak bagi menjamin mutu perkhidmatan yang terbaik. Kami juga sedang mengamalkan konsep pemeliharaan alam sekitar sepanjang menjalankan aktiviti yang dijalankan kerana kami faham bahawa jika aktiviti industri tidak terkawal akan mendatang kerugian kepada semua pihak dan generasi akan datang.

Monday 1 July 2019

Jimat dan Selamat

Kami bercita-cita memaknakan konsep JIMAT dan SELAMAT dalam pelaksanaan operasi baiki pagar dan gril kami.

Konsep Jimat

1. Pelanggan tidak perlu menempah baru pagar, grill dan bahan besi yang rosak kerana pihak Home Service kami mampu membaiki kerosakan dengan kos yang berpatutan dan jaminan diberikan dari minima 3 bulan hingga maksima 2 tahun.

2. Setiap pelanggan dapat menjimatkan masa kerana kos masa servis hanya diambil dari minima 30 minit hingga maksima 2 jam 30 minit sahaja di premis pelanggan.

3. Kita semua dapat menjimatkan sumber asli seperti bijih besi serta bahan-bahan asli yang lain bagi pembuatan pagar, grill dan bahan-bahan daripada logam (Usaha Ke Arah Pemeliharaan Alam Sekitar).

Konsep Selamat

1. Kami sentiasa mengamalkan dan mematuhi peraturan keselamatan bagi menjamin keselamatan pelanggan, harta benda, pekerja, haiwan peliharaan pelanggan dan alam sekitar.

2. Bahan kimia yang terkawal digunakan bagi mengurangkan dan mengelakkan pencemaran,gangguan kesihatan dan kerosakan alam sekitar.

3. Semua krew dan warga kerja kami adalah terlatih serta 100% warganegara Malaysia  yang sentiasa diberikan bimbingan oleh majikan.

Jimat Dan Selamat
Save And Safe