Monday 1 July 2019

Jimat dan Selamat

Kami bercita-cita memaknakan konsep JIMAT dan SELAMAT dalam pelaksanaan operasi baiki pagar dan gril kami.

Konsep Jimat

1. Pelanggan tidak perlu menempah baru pagar, grill dan bahan besi yang rosak kerana pihak Home Service kami mampu membaiki kerosakan dengan kos yang berpatutan dan jaminan diberikan dari minima 3 bulan hingga maksima 2 tahun.

2. Setiap pelanggan dapat menjimatkan masa kerana kos masa servis hanya diambil dari minima 30 minit hingga maksima 2 jam 30 minit sahaja di premis pelanggan.

3. Kita semua dapat menjimatkan sumber asli seperti bijih besi serta bahan-bahan asli yang lain bagi pembuatan pagar, grill dan bahan-bahan daripada logam (Usaha Ke Arah Pemeliharaan Alam Sekitar).

Konsep Selamat

1. Kami sentiasa mengamalkan dan mematuhi peraturan keselamatan bagi menjamin keselamatan pelanggan, harta benda, pekerja, haiwan peliharaan pelanggan dan alam sekitar.

2. Bahan kimia yang terkawal digunakan bagi mengurangkan dan mengelakkan pencemaran,gangguan kesihatan dan kerosakan alam sekitar.

3. Semua krew dan warga kerja kami adalah terlatih serta 100% warganegara Malaysia  yang sentiasa diberikan bimbingan oleh majikan.

Jimat Dan Selamat
Save And Safe