Tuesday 10 September 2019

Jemputan Sebagai Penceramah untuk Program Kimpalan SIRIM-AWS

Segala Puji Bagi Allah, Pengatur Sekalian Alam.

Dengan izin daripada Pengatur Yang Maha Berkuasa, kami dapat bekerjasama dengan SIRIM STS , Lembaga Zakat Selangor dan IT Marks Sdn Bhd bagi menjayakan Program Bimbingan Kerjaya dalam bidang kimpalan di SIRIM Seksyen 15, Shah Alam pada 22 Ogos 2019, jam 2.30 ptg hingga 4.30 ptg yang dihadiri seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada pelajar jurusan Teknologi Kimpalan.

Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu dan pengalaman kami ini, dapat membantu para peserta lebih jelas dengan halatuju kerjaya mereka dalam industri kimpalan dan membantu mereka merancang masa depan mereka.

Terima kasih dan sekalung penghargaan juga buat SIRIM STS, Lembaga Zakat Selangor dan IT Mark Sdn Bhd atas peluang kerjasama yang diberi kepada kami untuk membantu berusaha bersama-sama membina generasi penerus masa depan dan harapan negara. Semoga kita dapat bekerjasama lagi di masa hadapan. Insya Allah.