Monday, 6 July 2020

Tukar Kunci Grill Yang Terkunci Sendiri

Berdasarkan kenyataan (statement) seorang pelanggan kami, sebab utama mengapa beliau segera menggantikan kunci grill yang baru adalah sebagai langkah keselamatan untuk diri dan keluarga beliau kerana kunci grill yang lama sebelum ini sering terkunci dengan sendiri (cangkuk kunci sering terjatuh sendiri) dan ini boleh mengundang bahaya terhadap keselamatan seperti terkunci dari dalam rumah atau terperangkap di dalam rumah ketika berlaku kebakaran dan kecemasan.

Pelanggan ini telah mengambil langkah bijak dengan menghubungi kami bagi menggantikan kunci grill yang baru bagi menjamin keselamatan diri dan keluarga.

Boleh hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat:

Whatsapp

http://www.wasap.my/+601131546239/fbbaikikuncipagargrillzonelembahkelang

Call/sms

019 246 2024

Fauziah binti Husin

Bergerak Seluruh Selangor Dan K.L

Saturday, 4 July 2020

Punca Kecacatan Kimpalan

Welding Tips And Tricks.

Tajuk: Punca Kecacatan Kimpalan.

Demo Praktikal Secara Fb Live akan di adakan pada 10 Julai 2020.

Pendaftaran masih dibuka.

Boleh hubungi kami:

019 246 2024 Fauziah bt Husin.
Bahagian Pendaftaran

Tuesday, 10 September 2019

Jemputan Sebagai Penceramah untuk Program Kimpalan SIRIM-AWS

Segala Puji Bagi Allah, Pengatur Sekalian Alam.

Dengan izin daripada Pengatur Yang Maha Berkuasa, kami dapat bekerjasama dengan SIRIM STS , Lembaga Zakat Selangor dan IT Marks Sdn Bhd bagi menjayakan Program Bimbingan Kerjaya dalam bidang kimpalan di SIRIM Seksyen 15, Shah Alam pada 22 Ogos 2019, jam 2.30 ptg hingga 4.30 ptg yang dihadiri seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada pelajar jurusan Teknologi Kimpalan.

Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu dan pengalaman kami ini, dapat membantu para peserta lebih jelas dengan halatuju kerjaya mereka dalam industri kimpalan dan membantu mereka merancang masa depan mereka.

Terima kasih dan sekalung penghargaan juga buat SIRIM STS, Lembaga Zakat Selangor dan IT Mark Sdn Bhd atas peluang kerjasama yang diberi kepada kami untuk membantu berusaha bersama-sama membina generasi penerus masa depan dan harapan negara. Semoga kita dapat bekerjasama lagi di masa hadapan. Insya Allah.




Friday, 9 August 2019

Baikpulih dan Rewelding Bracket Autogate

Kami sering menerima permintaan daripada pelanggan di Lembah Klang untuk membaiki dan mengimpal semula bracket autogate yang tercabut akibat kimpalan yang koyak dan reput kerana berkarat.


Untuk memastikan hasil kerja kimpalan kami berkualit dan tahan lebih lama, kami akan menambah plet besi di bahagian besi pagar yang berkarat.



Dan hasil akhir baikpulih kimpalan akan dikemaskan dengan cat untuk mencegah hasil kimpalan daripada berkarat.


Friday, 19 July 2019

Baiki Pagar dan Pelihara Alam Sekitar


Kepada semua pelanggan yang dihormati, pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi mendapatkan perkhidmatan baikpulih pagar dan grill atau mendapatkan khidmat nasihat daripada kami.

Berita baik kepada semua pelanggan kami bahawa semua logam yang rosak dan terpakai, kertas dan plastik serta semua sisa hasil dari aktiviti baikpulih kini kami kumpulkan dan hantar ke pusat kitar semula bagi Mengelakkan dan Mengurangkan pencemaran Alam Sekitar.

Secara tidak langsung anda semua telah menyokong kami bagi meneruskan usaha ini.

Terima kasih.

Info ini di sediakan oleh:

Berkuasa Tenaga Wilayah Resources
18 Julai 2019.

Saturday, 6 July 2019

Berkuasa Tenaga Wilayah Resources

Kami memulakan khidmat baikpulih kerosakan pagar dan gril ini bermula 2008, kemudian mendaftarkan perniagaan kami, Berkuasa Tenaga Wilayah Resources (BTWR) pada 2013, dan hingga kini, kami masih setia memberikan servis membaikpulih kerosakan pagar dan grill keselamatan kepada masyarakat bagi membantu meringankan beban pelanggan yang mengalami cabaran kerosakan kelengkapan keselamatan rumah.

Pihak kami sentiasa bersedia memberikan servis yang terbaik kepada semua pelanggan kami.

Berkuasa Tenaga Wilayah Resources sentiasa bekerjasama dengan semua pihak bagi menjamin mutu perkhidmatan yang terbaik. Kami juga sedang mengamalkan konsep pemeliharaan alam sekitar sepanjang menjalankan aktiviti yang dijalankan kerana kami faham bahawa jika aktiviti industri tidak terkawal akan mendatang kerugian kepada semua pihak dan generasi akan datang.

Monday, 1 July 2019

Jimat dan Selamat

Kami bercita-cita memaknakan konsep JIMAT dan SELAMAT dalam pelaksanaan operasi baiki pagar dan gril kami.

Konsep Jimat

1. Pelanggan tidak perlu menempah baru pagar, grill dan bahan besi yang rosak kerana pihak Home Service kami mampu membaiki kerosakan dengan kos yang berpatutan dan jaminan diberikan dari minima 3 bulan hingga maksima 2 tahun.

2. Setiap pelanggan dapat menjimatkan masa kerana kos masa servis hanya diambil dari minima 30 minit hingga maksima 2 jam 30 minit sahaja di premis pelanggan.

3. Kita semua dapat menjimatkan sumber asli seperti bijih besi serta bahan-bahan asli yang lain bagi pembuatan pagar, grill dan bahan-bahan daripada logam (Usaha Ke Arah Pemeliharaan Alam Sekitar).

Konsep Selamat

1. Kami sentiasa mengamalkan dan mematuhi peraturan keselamatan bagi menjamin keselamatan pelanggan, harta benda, pekerja, haiwan peliharaan pelanggan dan alam sekitar.

2. Bahan kimia yang terkawal digunakan bagi mengurangkan dan mengelakkan pencemaran,gangguan kesihatan dan kerosakan alam sekitar.

3. Semua krew dan warga kerja kami adalah terlatih serta 100% warganegara Malaysia  yang sentiasa diberikan bimbingan oleh majikan.

Jimat Dan Selamat
Save And Safe